Khas Buat Atuk & Opah di Parit Sulong, Johor dan Tok Wan & Mak Tok di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Ultrasound Yg Pertama

Selepas berjumpa dengan jururawat-jururawat yang baik hati pada 26hb Disember 2007, Mama telah juga berjumpa dengan doktor-doktor di Klinik Joe Gendeh di Pandan Jaya. Doktor telah membuat ultrasound yang pertama dan Mama nampak jantung Sya berdenyut. Eee sukanya.

Doktor kata kalau nak print gambar ultrasound tu, Sya terlalu kecil so tak nampak. Jadi Mama tunggu lain kali.

Akhirnya apa yang Mama cita-citakan dapat juga. Hari ini Doktor di Klinik Joe Gendeh telah memberi Mama satu printout gambar ultrasound Sya.

Sya tau tak, berjam Mama dan Daddy duduk dalam kereta tengok gambar di bawah ni. He He He