Khas Buat Atuk & Opah di Parit Sulong, Johor dan Tok Wan & Mak Tok di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Sinetron Intan

Dulu masa Sya dalam perut Mama, Mama kata petang-petang dia suka tengok Sinetron Intan.
Semasa Mama dalam pantang pun dia kata dia suka tengok juga.

Jadi akibatnya?....








Sya dah nak mula berjalan

Macamana ni. Semua orang binggung.
Sya merangkak masih terhuyung-hayang tapi sudah berangan nak jalan.
Nak luruh jantung semua orang bila Sya buat aksi-aksi "stunt" terbaru ini.
Mama tengok kadang-kadang macam Sya menari mak yong pulak he he he



Sya pantang nampak Atuk, mesti sua tangan suruh Atuk "tah-tih"
Hey...baru 6 bulan tau...takkan la Sya dah jalan!




Semalam, Mama letak Sya kat karpet surau kecik kat rumah Atuk. Bukan main suka lagi Sya buat aksi-aksi "stunt" Sya...sampai nak patah pinggang Mama kejar.




Semua orang sangat teruja...Sya akan jalan sebelum umur setahun ke?


Sya duduk kampung sekejap



Ini gambar Sya-Sya dengan Daddy kat kampung Atuk dan Opah di daerah Batu Pahat Johor.

Hari tu Mama sakit jadi Atuk dan Opah bawak Sya balik kampung sebab Daddy nak kena pergi Thailand.

Seminggu lepas itu, Mama dan Daddy balik semula untuk ambik Sya.

Sya suka duduk kampung sebab pagi-pagi boleh tengok Ayam...Lembu...

Opah Sya





Hari itu mama masuk hospital sebab sakit belakang.
Doktor kata mama kena duduk hospital untuk ambil MRI.
Daddy pulak ada kursus di Pataya. Daddy kursus kejuruteraan dia tu lah.
Dia pergi selama 4 hari.
Di sebabkan susah untuk Daddy dan Mama hantar Sya ke Aunti Dayana, Oyang pesan dekat Atuk dengan Opah supaya bawak je Sya balik.



Jadi Sya kena ikut Opah balik ke Batu Pahat.
Opah Sya ni special orangnya. Dulu dia seorang guru sekolah rendah.
Dia pandai masak. Mama belajar buat homemade baby food dari Opah la.



Sya panggil Opah sebab dulu Opah duduk di Ipoh, Perak jadi cucu saudara dia panggil dia Opah.
Opah pandai ngaji. Dia ngaji sedap lagu dia...sampai Kakak Liya pun pandai ngaji dengan berlagu.

Sok Sya pon nak pandai ngaji cam Opah lah!





Sya Dah Pandai Duduk

Hari ini Mama gembira sangat.

Sya duduk da kuat ni....eeeeeeeeeeee bestnya!






A'aesyah Mengences

Mama belajar perkataan jawa ni "mengences" ni dari moyang Sya - Nek Yang Tiah yg masih gagah dan sihat. Mengences ni maksudnya terliur.



Mama rasa Sya dah nak tumbuh gigi jadi Mama terpaksa la belikan bib untuk lapik dada Sya. Nasib baik di Tesco ada jual dan murah, RM5 sahaja. Design nya pun Mama suka.



Tapi macam biasa kadang-kadang Sya tak suka pakai bib ni. Sya rasa rimas agaknya sebab Sya memang cepat rimas kalau ada sahaja yang tak selesa.



Tak apalah, ini untuk sementara sahaja ye Sayang.