Khas Buat Atuk & Opah di Parit Sulong, Johor dan Tok Wan & Mak Tok di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kali Pertama Makan Makanan Pepejal

Selepas berbincang dengan Opah dan Daddy, Mama setuju untuk suap makanan pepejal pertama Sya pada birthday Sya yg ke 6 bulan.

Mama tengok Sya selalu sahaja lapar walaupun kami dah beri susu yang secukupnya.



Mama baca, kadang-kadang baby yang hanya menyusu formula bolehlah mula makan pepejal pada usia 6 bulan jika ada tanda-tanda seperti yang Mama katakan tadi.

Mama ada cerita sebelum ini yang Mama dah belikan untuk Sya, Bumbo Seat. Ini untuk mudahkan Mama suap Sya.

Sya agak takut mula-mula duduk dalam Bumbo Seat ni tapi Mama tengok hari ni Sya dah
berani.



Sya nampak tertanya-tanya...apalah agaknya yang Mama bagi kat Sya ni.



Mama dah masakkan apple sauce untuk Sya. Mesti Sya nak tahu, apa dia Apple Sauce tu.



Mula-mula Sya ambik sikit sahaja.




Tapi lama-lama Sya makan macam Sya lapar sangat.



Sampai Mama jadi takut dan kena telefon Opah tanya boleh ke Sya makan lebih dari 9 sudu. Ha ha ha. Opah kata kalau buah sahaja tak apa. Jadi Mama suap lagi



Pengalaman suap makanan pepejal pertama Sya memang menyeronokkan. Apatah lagi bila Mama tengok reaksi-reaksi Sya









Bumbo Seat



Mama ada baca majalah Mothermood dari UK. Ada satu tempat duduk ni khas untuk baby yang belum pandai duduk.

Jadi menjelang birthday Sya yang ke 4 bulan, Mama sudah bercadang untuk membeli Bumbo Seat ini.

Cari punya cari, rupanya mothercare ada jual dan disebabkan Mama akan dapat bonus akhir tahun ni, memang cantiklah!

Hasilnya?



Mula-mula Sya nampak takut je duduk dalam seat tu.



Tapi lama-lama Sya jadi biasa terutama bila Sya mula makan makanan pepejal pertama Sya.