Selepas berbincang dengan Opah dan Daddy, Mama setuju untuk suap makanan pepejal pertama Sya pada birthday Sya yg ke 6 bulan.
Mama tengok Sya selalu sahaja lapar walaupun kami dah beri susu yang secukupnya.
Mama baca, kadang-kadang baby yang hanya menyusu formula bolehlah mula makan pepejal pada usia 6 bulan jika ada tanda-tanda seperti yang Mama katakan tadi.
Mama ada cerita sebelum ini yang Mama dah belikan untuk Sya, Bumbo Seat. Ini untuk mudahkan Mama suap Sya.
Sya agak takut mula-mula duduk dalam Bumbo Seat ni tapi Mama tengok hari ni Sya dah
berani.
Sya nampak tertanya-tanya...apalah agaknya yang Mama bagi kat Sya ni.
Mama dah masakkan apple sauce untuk Sya. Mesti Sya nak tahu, apa dia Apple Sauce tu.
Mula-mula Sya ambik sikit sahaja.
Tapi lama-lama Sya makan macam Sya lapar sangat.
Sampai Mama jadi takut dan kena telefon Opah tanya boleh ke Sya makan lebih dari 9 sudu. Ha ha ha. Opah kata kalau buah sahaja tak apa. Jadi Mama suap lagi
Pengalaman suap makanan pepejal pertama Sya memang menyeronokkan. Apatah lagi bila Mama tengok reaksi-reaksi Sya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment