Khas Buat Atuk & Opah di Parit Sulong, Johor dan Tok Wan & Mak Tok di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Hello!

Hello.

Hari ini Mama dapat tau yang Sya ada dalam tummy Mama.

Mama macam tak percaya nih!

Dua minggu sebelum itu Mama beli pregnancy test. Tapi di sebabkan hasilnya kurang menyakinkan, Mama beli satu set lagi dan tunggu 2 minggu.



Pagi tu bila Mama tengok keputusan pregnancy test tu, Mama tergamam. "Kak Liya akan dapat adik?...Atuk dengan Opah akan dapat cucu lagi?" bisik Mama sendiri.

Daddy nampak binggung sikit bila Mama khabarkan berita gembira ni. Tapi selepas itu Mama nampak dia senyum sampai ke telinga. Happy lah tu nama dia.





Pagi itu juga Daddy hantar Mama ke Klinik Ibu dan Anak di Desa Pandan. Nasib baik Mama cuti sebab hari ini Australia menyambut Boxing Day. Mama cepat-cepat hantar SMS pada Atuk di Kampung. Bestnya...tak sabar nak tunggu Sya.



No comments: